Kata aluan Presiden
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat datang ke laman web PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN MALAYSIA Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia. PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN MALAYSIA, yang ditubuhkan sejak tahun 1982 ini keahliannya terdiri daripada pelajar-pelajar Bacelor Kejuruteraan Pertanian yang kemudiannya dikenali sebagai Bacelor Kejuruteraan Biologi dan Pertanian dan yang terbaru dikenali sebagai Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem. Walaubagaimanapun matlamatnya tetap sama iaitu untuk menterjemahkan segala dasar dan wawasan kepimpinan persatuan ke arah membudayakan pencapaian prestasi tinggi dalam kalangan warga persatuan dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan ahli ke satu tahap yang membanggakan. Sebagai sebuah persatuan intelektual di UPM, sentiasa berdiri teguh dan menyumbang secara aktif dalam agenda pembangunan negara terutama dalam memperkayakan ahli persatuan dengan budaya yang positif lagi universal. Sebagai sebuah persatuan pelajar yang berwawasan, juga sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian serta Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia-Bahagian Profesional dalam memberikan khidmat terbaik dan menjaga kebajikan setiap ahli persatuan. Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman web ini, PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN MALAYSIA dapat lebih dikenali. Saya turut mengalukan pandangan yang membina untuk memantapkan pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Terima kasih kerana melayari laman web ini. Datang lagi untuk maklumat terkini. Profesor Ir. Dr. Mohd Amin Mohd Soom Presiden Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia